Thursday, November 5, 2015

Invitation: Talk - "Mindfulness: Journey to A Healthier Me" 25 Nov 2015, 2.30pm, Main Meeting Room, FCSHD, UNIMAS

Ia ada jemputan untuk perkongsian secara dalaman sebenarnya mengenai topik Mindfulness (Ketara Sedar), tetapi jika ada yang berminat, boleh menghubungi saya terus di email msnoraz@gmail.com untuk menyatakan hasrat untuk hadir.

Sila rujuk jemputan asal yang diatur oleh rakan sekerja saya Puan Aina Razlin secara emel dalaman seperti di bawah. .
Terima kasih. '

peace & all good,
Nora :)

*********************************************************************************
Greeting from Department of Counselling

You are cordially invited to attend the Counselling Colloquium as follows:

Topic: Mindfulness : Journey to A Healthier Me 
Presenter: Siti Norazilah Mohd Said
Date: 25 November 2015 , Wednesday
Time: 2.30 - 4.30pm
Venue: Main Meeting Room, Level 1, FCSHD

Synopsis:

"Mindfulness means paying attention in a particular way; On purpose, in the present moment, and non-judgmentally" ~ Prof. Emeritus Dr. Jon Kabat-Zinn

Mindfulness is an approach which has been widely used in many Western countries for many purposes with different target population. This approach has recently become popular in Malaysia. Basically, it helps us to monitor or become aware of how our mind works. This will help us to de-clutter any unnecessary things and accept life experiences even when it is painful. Previous studies have shown that Mindfulness able to improve well being, physical health, and mental health issues.

"I learned about Mindfulness while doing my Internship back in 2009. Since then, it is been ups and down practicing it in my daily life and at workplace. Here, I would like to share about Mindfulness and how's it works. Mindfulness has greatly impact my lives, helping me out even in tough situations. I hope by sharing this, it may helps you too. So, come and join me this coming Wednesday! =)" ~ Siti Norazilah

An interesting knowledge to share.

Your attendance and participation are greatly appreciated.

Thank you.


Aina Razlin

Sunday, May 3, 2015

Penjagaan Diri @ Self Care

Khamis, 23 April 2015.

Pagi ini saya sempat berkongsi dengan para pelajar Tahun 3 program Kaunseling berkenaan Penjagaan Diri.

Ia topik yang agak mudah tapi sebenarnya agak kompleks jika membicarakannya. Self care adalah satu istilah yang merujuk kepada bagaimana individu tersebut mengambil langkah bagi menjaga kesihatan diri dari pelbagai perspektif dan dengan macam-macam cara...secara mudahnya ia adalah suatu konsep asas kita berbalik kepada keperluan diri. Dalam erti kata lain, ia memberi masa personal untuk diri sendiri menikmatinya.

Saya amat tertarik dengan perkongsian di dalam laman web ini https://www.psychologytoday.com/blog/shyness-is-nice/201403/seven-types-self-care-activities-coping-stress

Saya mula mengetahui konsep ini apabila ia diperbincangkan secara khusus di dalam kelas Foundation of Mental Health Counselling sewaktu belajar suatu ketika dulu. Saya masih ingat antara perkara yang saya tulis adalah jungle trekking... =) dan ia menjadi memori ikatan antara perkara yang paling diingati oleh rakan sekelas dan profesor saya  sehingga kini. Terkejut mereka apabila mendengarnya...dan saya terkebil-kebil tidak memahami 'apa yang peliknya' aktiviti masuk hutan ini. Ini kerana Indiana tiada hutan rimba macam yang kita ada....hanya daratan yang rata...tiada bukit bukau... hehee
Kalo ada pun, bukanlah hutan tebal seperti kita...

OK, berbalik semasa di kelas, saya mulakan perkongsian dengan bertanya khabar mereka dan bertanya apa agaknya yang ingin saya kongsikan pada pagi itu. Apatah lagi saya masuk mengantikan waktu kelas Seminar Kaunseling. Dipendekkan cerita, saya minta mereka membayangkan seterusnya melukis wajah mereka sendiri ketika mereka di dalam keadaan emosi yang berat (tidak selesa)...contohnya, marah, sedih, dilema, kusut dan sebagainya. Kemudian, saya minta mereka lukis pula ketika di dalam keadaan yang paling mereka sukai (seperti gembira, tenang...). Kami bincangkan seketika aktiviti ini dengan mengaitkan apa yang mereka dapati/perasan/perhatikan semasa membuat aktiviti ini.

Pelbagai reaksi hadir...antaranya antara wajah 1 dan 2...melukis wajah keadaan yang selesa dan gembira sangat senang dan cepat berbanding wajah dalam keadaan pertama. Ada juga yang menyatakan wajah mereka dalam dua keadaan tersebut adalah sama. :) Saya cuma tersenyum...dan bertanya... apakah maknanya. Saya tinggalkan pertanyaan itu kepada yang membaca refleksi saya ini.



Agak-agak apakah maknanya pembaca sekalian?

Kemudian saya kongsikan bahawa self care ini boleh dibahagikan kepada tujuh elemen iaitu spritual, emotional, physical, social, pleasure, sendory dan mental mastery. Setelah penerangan ketujuh elemen tersebut, saya minta pelajar untuk merenung dan memikirkan sejenak apa yang akan mereka lakukan untuk menjaga diri dalam memenuhi keperluan diri mereka....iaitu "My Self Care List".

Setiap pelajar diminta untuk berkongsi satu perkara yang mereka akan lakukan dengan menulis di papan putih (seperti dalam gambar di bawah). Jika dilihat, terdapat lebih 40 idea aktiviti yang boleh mereka lakukan.

Saya berdoa dan berharap agar pelajar saya mampu untuk mengamalkan self care ini bila-bila masa dan di mana-mana sahaja ....walaupun ketika mereka di dalam keadan yang sangat tertekan dan tiada masa untuk mengamalkannya.

Lain entri, saya akan bincangkan pengalaman saya mengamalkan self care ini serta kebaikannya...InsyaALLAH.



Akhir kalam, buatlah sesuatu yang baik pada diri...ianya akan terserlah dari dalam ke luar.

Peace & all good, take care. 
Mdm Nora =) 

Monday, April 20, 2015

Talk: Saya Sihat ;)

Malam Rabu yang lalu, saya dihubungi oleh jawatankuasa Persatuan Mahasiswa FSKPM untuk menyampaikan satu ceramah berkisar kesihatan mental. Slot ceramah tersebut adalah pada hari Isnin 20 April ini. Saya dah baring dan bersedia nak terlelap dah pun...kepenatan selepas seharian ada Retreat Jabatan, walaupun jam baru menunjukkan pukul 10malam...jarang saya tidur awal sangat.

Dalam keadaan yang terkejut serta kepenatan...saya bertanya lanjut dan minta menghubungi saya semula keesokan harinya. Jika diikutkan rasa hati dan jadual yang padat pada minggu ini, saya ingin menolak jemputan tersebut. Apatah lagi, di saat akhir jemputan tersebut. Demi memikirkan untuk pelajar dan siapa lagi yang boleh mereka jemput dalam keterbatasan waktu untuk mengisi slot tersebut...saya gagahkan diri juga untuk menerimanya. 

Sepatutnya sesi ceramah dan perkongsian ini selama 2jam, saya pohon hanya dapat diadakan selama sejam sahaja dengan limitasi masa yang saya ada. 

Diharap perkongsian ringkas ini dapat memberi serba sedikit ilmu dan ruang untuk pelajar berfikir serta mengamalkan gaya hidup sihat serta menjaga kesihatan mental mereka. InsyaAllah :) 




terima kasih kepada rakan seperjuangan...Kak Salmah dan Abg Edris yang sudi menjenguk dan mengambil gambar saya yang tengah bersemangat bercerita tu...hehee


 

Thursday, April 16, 2015

Journey to Healthier Me! Be Mindful, Be Healthy, Be Happy :)

Alhamdulillah, syukur ke hadratNya...
sesuatu yang memang saya ingin lakukan sejak tahun 2009, akhirnya bakal berlangsung. Saya dan 2 pelajar Tahun Akhir saya iaitu Shaira & Nisha akan mengadakan program yang menggunakan pendekatan Ketara Sedar (Mindfulness) untuk membantu individu menjalani hidup yang lebih sihat.

Yeap, kami merekabentuk modul untuk digunakan dalam konteks masyarakat Malaysia. Banyak yang ingin diperkatakan, saya simpulkan dengan poster dan brosur yang disertakan. Lain entri, saya akan kongsikan bagaimana saya 'bertemu dengan Ketara Sedar' dan perjalanan yang dilaluinya. Jika dibaca entri saya yang lalu, ada saya kongsikan random mindfulness activity yang saya lakukan.

Till then, be mindful in whatever you do =)





Tuesday, January 20, 2015

a simple recipe of KARIPAP @ CURRY PUFF =)

Resepi ni saya tulis semasa saya berada di USA dan saya telah kongsikan resepi ini di Facebook untuk rakan2 saya di sana. Mana tahu ada yang nak belajar buat karipap, boleh cuba resepi ini. Selamat mencuba! =) 

Karipap

July 26, 2010 at 5:16am
KARIPAP @ CURRY PUFF

It is among Malaysian famous snack (finger foods) either in the morning, afternoon or in the evening time. It looks like a half circle and crimp at the edges and filled with curried potatoes. It is crispy in the outside, savory and sooo yummy. You will not notice that you already eat 3 pieces or more than that in one time.

During my childhood, I used to help my mom making ‘karipap’ or curry puff and ‘popia’ or spring rolls to sell at the stall at my neighborhood to support my family. So, after I got back from school in the afternoon and eat lunch, I will start the process by rolling the dough, till frying it in hot oil. Usually, my mom had prepared the filling (curried potatoes) and the dough in the morning. In the weekend, I can make more than 100 pieces a day. I still remember, the price is only 10 cent per piece at that time, and today you can only get 2 or 3 pieces for a dollar.

Last spring break 2010, I made ‘karipap’ for the guys. They really like it. Here, it is my pleasure to share with you my mom ‘karipap’ recipe from Malaysia for Emmaus Ministries cookbook.

FILLING:
2 @ 3 tablespoons oil
1 medium red onion (finely chopped)
2 cloves garlic (finely chopped)
A bit of ginger (finely chopped-optional)
2 tablespoons curry powder @ paste
4 medium potatoes (diced) @ sweet potatoes (you may combine it, to make it taste naturally sweet)
½ teaspoon black pepper
½ teaspoon salt
½ teaspoon crushed red pepper @ chili powder (if you like spicy)
½ cup chicken breast @ beef @ shrimp (diced) – additional
A bit of chicken skin (as flavor only when sauté) – additional
Water

PASTRY:
2 cup flour
3 tablespoons vegetable @ canola oil
½ cup of water (add a pinch of salt)

Vegetable @ canola oil for frying karipap

METHOD:
Make the filling first. Heat oil and fry onion, garlic, and ginger until golden brown. Add the curry powder/paste (add water a bit), chicken and fry gently. Add potatoes, salt, pepper, red crushed pepper. Add water about ½ level from the level of potatoes in the pot. Stir for a while, cover. Half through open the cover and let it dry to prevent mushy. Cook until potatoes tender. Leave aside to cool.

To make pastry dough, heat oil for a while. Pour hot oil in flour, mix. Add water slowly until good consistency and knead well. Make a small rounded (around 1’’ diameter) dough. Roll the dough into circle.

Put a filling into the pastry and fold over to make a half circle and crimp at edges. (You may use fork-press gently at edges). Deep fry in hot oil until golden brown. The recipe can make around 18-20 pieces.You may add anything you like and adjust it according to your preference.

Enjoys! =) with a tea or coffee as your snack.

If you try it, tell me how it is! Hope you like it.

dough...dough...
roll it...roll it...
fill in the filling...fill in the filling...
crimp it at the edges...crimp it at the edges...
WOO LAH!!! =)WOO LAH!!! =)
Like ·  · 

Friday, January 9, 2015

Keterujaan Membakar Kek dan sama waktu dengannya

Musim ini musim buat kek... yee haaa...baking je kerja saya di kala masa terluang dan tak terluang =P

To dated, I baked 7 desserts in just a month, which is suprisingly not me! Haha haaa...  keterujaan membakar dan menikmatinya bersama rakan-rakan dan pelajar amat membuatkan hati ini gembira. It bring back good memories =))    Yeap, it is a part of my self care list.
Tahun 2014 amat diingati dan memberi kesan yang mendalam dalam perkembangan diri ini. Tahun yang amat mencabar secara personal sama ada melibatkan hal kerja di pejabat mahupun diri dan keluarga.

I love baking...and eating (of coz la kan)...it's been a while I did'nt bake. Baking is a good STRESS RELIEVER too... kalo ada rasa nak tumbuk-tumbuk je orang, lagi baik kita pukul-kacau adunan kita ni jadi sampai gebu... Haha ha..
Jadi, moh ler kita membakar kek

So, here is my list of baking since Dec'14 :
  • A ready made -Double Choc Brownies 
  • Chocolate Brownies (recipe from the latest cookbook by Chef Wan)
  • A ready made - Oren Poppyseed Muffin
  • A ready made - Red Velvet Cake (cream cheese saya buat sendiri)
  • Blueberry Buttery Pound Cake ( http://thegoodsaltcompany.com/blog/ ) 
  • Amish Friendship Breads ( http://www.friendshipbreadkitchen.com/amish-friendship-bread )
  • Burre Noite Vanilla Bean Cake ( http://dailydelicious.blogspot.com/2014/11/beurre-noisette-and-vanilla-bean-cake.html) 

Di lain entri saya akan berkongsi resepi-resepi di atas....tapi kita layan dulu gambar yang mengiurkan ini...heheee... Ada yg tak sempat snap gambar...terlupa..dan habis....yang mana sempat je la kita layan ye. =)

Walaupun nampak agak gelap, tapi sebenarnya sangat sedap...sedikit garing di atas sebab oven agak panas dan kecil. Ditambah pula dengan chocolate chips dan walnut ditabur di atasnya...terbau kulit kayu manis dan vanilla yang harum.
Saya memang menggunakan kacang vanilla yang asal...jika dilihat, ada kaviar vanila (biji) halus di dalam tekstur kek. Pada masa sama kulit kacang vanila tu saya cincang halus masuk sekali...itu yang ada nampak cam biji warna hitam. Wangi kek ini....bau vanila =) I use Madagascar Bourbon Vanilla Bean and Tahitian Vanilla Bean in this recipe. 
Yang ni memang guna kepingan coklat gelap yang banyak + walnut yang rangup. Disebabkan ada sedikit kesilapan teknikal bila guna teknik double boiler (bain marie method), brownies ni jadi agak rangup, jadi rasa dia ramai yang kata macam chewy cookies. Apa pun yang pasti memang sedap gak la... (ni puji diri sendiri). 


haaaa... Kek Red Velvet ni pula dibuat ala-ala untuk meraikan hari lahir saya....heheee 
Macam biasa, sedap gak.. (puji diri sendiri lagi...sila abaikan ayat ini) ha haa
Suka pelajar saya dan rakan opis bila makan kek ni =) 

Sekian sahaja untuk kali ini. Salam Tahun Baru 2015. 
Moga tahun ini kita sentiasa bersiap siaga dalam apa juga keadaan dan melakukan banyak amal kebaikan sebagai bekalan untuk ke alam yang kekal. Amin. :)