Pagi ini saya sempat berkongsi dengan para pelajar Tahun 3 program Kaunseling berkenaan Penjagaan Diri.
Ia topik yang agak mudah tapi sebenarnya agak kompleks jika membicarakannya. Self care adalah satu istilah yang merujuk kepada bagaimana individu tersebut mengambil langkah bagi menjaga kesihatan diri dari pelbagai perspektif dan dengan macam-macam cara...secara mudahnya ia adalah suatu konsep asas kita berbalik kepada keperluan diri. Dalam erti kata lain, ia memberi masa personal untuk diri sendiri menikmatinya.
Saya amat tertarik dengan perkongsian di dalam laman web ini https://www.psychologytoday.com/blog/shyness-is-nice/201403/seven-types-self-care-activities-coping-stress
Saya mula mengetahui konsep ini apabila ia diperbincangkan secara khusus di dalam kelas Foundation of Mental Health Counselling sewaktu belajar suatu ketika dulu. Saya masih ingat antara perkara yang saya tulis adalah jungle trekking... =) dan ia menjadi memori ikatan antara perkara yang paling diingati oleh rakan sekelas dan profesor saya sehingga kini. Terkejut mereka apabila mendengarnya...dan saya terkebil-kebil tidak memahami 'apa yang peliknya' aktiviti masuk hutan ini. Ini kerana Indiana tiada hutan rimba macam yang kita ada....hanya daratan yang rata...tiada bukit bukau... hehee
Kalo ada pun, bukanlah hutan tebal seperti kita...
OK, berbalik semasa di kelas, saya mulakan perkongsian dengan bertanya khabar mereka dan bertanya apa agaknya yang ingin saya kongsikan pada pagi itu. Apatah lagi saya masuk mengantikan waktu kelas Seminar Kaunseling. Dipendekkan cerita, saya minta mereka membayangkan seterusnya melukis wajah mereka sendiri ketika mereka di dalam keadaan emosi yang berat (tidak selesa)...contohnya, marah, sedih, dilema, kusut dan sebagainya. Kemudian, saya minta mereka lukis pula ketika di dalam keadaan yang paling mereka sukai (seperti gembira, tenang...). Kami bincangkan seketika aktiviti ini dengan mengaitkan apa yang mereka dapati/perasan/perhatikan semasa membuat aktiviti ini.
Pelbagai reaksi hadir...antaranya antara wajah 1 dan 2...melukis wajah keadaan yang selesa dan gembira sangat senang dan cepat berbanding wajah dalam keadaan pertama. Ada juga yang menyatakan wajah mereka dalam dua keadaan tersebut adalah sama. :) Saya cuma tersenyum...dan bertanya... apakah maknanya. Saya tinggalkan pertanyaan itu kepada yang membaca refleksi saya ini.
Agak-agak apakah maknanya pembaca sekalian?
Kemudian saya kongsikan bahawa self care ini boleh dibahagikan kepada tujuh elemen iaitu spritual, emotional, physical, social, pleasure, sendory dan mental mastery. Setelah penerangan ketujuh elemen tersebut, saya minta pelajar untuk merenung dan memikirkan sejenak apa yang akan mereka lakukan untuk menjaga diri dalam memenuhi keperluan diri mereka....iaitu "My Self Care List".
Setiap pelajar diminta untuk berkongsi satu perkara yang mereka akan lakukan dengan menulis di papan putih (seperti dalam gambar di bawah). Jika dilihat, terdapat lebih 40 idea aktiviti yang boleh mereka lakukan.
Saya berdoa dan berharap agar pelajar saya mampu untuk mengamalkan self care ini bila-bila masa dan di mana-mana sahaja ....walaupun ketika mereka di dalam keadan yang sangat tertekan dan tiada masa untuk mengamalkannya.
Lain entri, saya akan bincangkan pengalaman saya mengamalkan self care ini serta kebaikannya...InsyaALLAH.
Akhir kalam, buatlah sesuatu yang baik pada diri...ianya akan terserlah dari dalam ke luar.
Peace & all good, take care.
Mdm Nora =)
tq Mdm Nora...izinkan saya ambil bahan penulisan Puan
ReplyDelete