Friday, January 9, 2015

Keterujaan Membakar Kek dan sama waktu dengannya

Musim ini musim buat kek... yee haaa...baking je kerja saya di kala masa terluang dan tak terluang =P

To dated, I baked 7 desserts in just a month, which is suprisingly not me! Haha haaa...  keterujaan membakar dan menikmatinya bersama rakan-rakan dan pelajar amat membuatkan hati ini gembira. It bring back good memories =))    Yeap, it is a part of my self care list.
Tahun 2014 amat diingati dan memberi kesan yang mendalam dalam perkembangan diri ini. Tahun yang amat mencabar secara personal sama ada melibatkan hal kerja di pejabat mahupun diri dan keluarga.

I love baking...and eating (of coz la kan)...it's been a while I did'nt bake. Baking is a good STRESS RELIEVER too... kalo ada rasa nak tumbuk-tumbuk je orang, lagi baik kita pukul-kacau adunan kita ni jadi sampai gebu... Haha ha..
Jadi, moh ler kita membakar kek

So, here is my list of baking since Dec'14 :
  • A ready made -Double Choc Brownies 
  • Chocolate Brownies (recipe from the latest cookbook by Chef Wan)
  • A ready made - Oren Poppyseed Muffin
  • A ready made - Red Velvet Cake (cream cheese saya buat sendiri)
  • Blueberry Buttery Pound Cake ( http://thegoodsaltcompany.com/blog/ ) 
  • Amish Friendship Breads ( http://www.friendshipbreadkitchen.com/amish-friendship-bread )
  • Burre Noite Vanilla Bean Cake ( http://dailydelicious.blogspot.com/2014/11/beurre-noisette-and-vanilla-bean-cake.html) 

Di lain entri saya akan berkongsi resepi-resepi di atas....tapi kita layan dulu gambar yang mengiurkan ini...heheee... Ada yg tak sempat snap gambar...terlupa..dan habis....yang mana sempat je la kita layan ye. =)

Walaupun nampak agak gelap, tapi sebenarnya sangat sedap...sedikit garing di atas sebab oven agak panas dan kecil. Ditambah pula dengan chocolate chips dan walnut ditabur di atasnya...terbau kulit kayu manis dan vanilla yang harum.
Saya memang menggunakan kacang vanilla yang asal...jika dilihat, ada kaviar vanila (biji) halus di dalam tekstur kek. Pada masa sama kulit kacang vanila tu saya cincang halus masuk sekali...itu yang ada nampak cam biji warna hitam. Wangi kek ini....bau vanila =) I use Madagascar Bourbon Vanilla Bean and Tahitian Vanilla Bean in this recipe. 
Yang ni memang guna kepingan coklat gelap yang banyak + walnut yang rangup. Disebabkan ada sedikit kesilapan teknikal bila guna teknik double boiler (bain marie method), brownies ni jadi agak rangup, jadi rasa dia ramai yang kata macam chewy cookies. Apa pun yang pasti memang sedap gak la... (ni puji diri sendiri). 


haaaa... Kek Red Velvet ni pula dibuat ala-ala untuk meraikan hari lahir saya....heheee 
Macam biasa, sedap gak.. (puji diri sendiri lagi...sila abaikan ayat ini) ha haa
Suka pelajar saya dan rakan opis bila makan kek ni =) 

Sekian sahaja untuk kali ini. Salam Tahun Baru 2015. 
Moga tahun ini kita sentiasa bersiap siaga dalam apa juga keadaan dan melakukan banyak amal kebaikan sebagai bekalan untuk ke alam yang kekal. Amin. :) 



No comments:

Post a Comment