Dalam keadaan yang terkejut serta kepenatan...saya bertanya lanjut dan minta menghubungi saya semula keesokan harinya. Jika diikutkan rasa hati dan jadual yang padat pada minggu ini, saya ingin menolak jemputan tersebut. Apatah lagi, di saat akhir jemputan tersebut. Demi memikirkan untuk pelajar dan siapa lagi yang boleh mereka jemput dalam keterbatasan waktu untuk mengisi slot tersebut...saya gagahkan diri juga untuk menerimanya.
Sepatutnya sesi ceramah dan perkongsian ini selama 2jam, saya pohon hanya dapat diadakan selama sejam sahaja dengan limitasi masa yang saya ada.
Diharap perkongsian ringkas ini dapat memberi serba sedikit ilmu dan ruang untuk pelajar berfikir serta mengamalkan gaya hidup sihat serta menjaga kesihatan mental mereka. InsyaAllah :)
terima kasih kepada rakan seperjuangan...Kak Salmah dan Abg Edris yang sudi menjenguk dan mengambil gambar saya yang tengah bersemangat bercerita tu...hehee